HUBUNGI KAMI

PENGURUS
MOHD KAMAL JUSOP
KEM LAMBAIANA AIR TERJUN SG GABAI, HULU LANGAT, SELANGOR
019-6675877

EN. SAPARUDDIN
013-2641080

Sunday, January 16, 2011

KEM LATIHAN DAN MOTIVASI

KEM LATIHAN DAN MOTAVASI



        AIR TERJUN, SG GABAI, HULU LANGAT, SELANGOR
adalah tempat untuk berkursus dan membentuk jati diri sebagai insan yang mempunyai
daya juang yang tinggi. Seorang yang bersemangat, iktizam dan berwawasan adalah diperlukan untuk mencapai impian yang lebih baik di masa akan datang.

Maka, keperluan untuk mendapatlah latihan dan motivasi sangat dituntut
Antara objektif utama iaitu memberi suntikan dan semangat untuk menghadapi segala perjalanan hidup sama ada diperingkat sekolah ataupun yang sudah berkerja.

 Kem Lambaiana atau Chalet Air Terjun, Sg Gabai, Hulu langat
Alangkah, indahnya bumi Malaysia yang mempunyai sumber kekayaan dan tumbuhan semulajadi yang bergitu mengamit setiap hati para pengunjung.  Di antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah di Air Terjun Sg. Gabai yang terletak kira- kira 8 km dari pekan batu 18 Ulu Langat, Selangor.

Lokasi yang strategi inilah menjadikan Kem Lambaiana, Air Terjun Sg Gabai, tempat tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan latihan terutama bagi meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.

Kemudahan tempat penginapan, makanan dan minuman di Kem Lambaiana Air Terjun Sungai Gabai tersedia bagi para pengunjung yang terasa ingin bermalam dan menikmati suasana malam yang sunggu menenangkan fikiran. 

Kem Lambiana, Air Terjun Sungai Gabai telah kembali dibuka pada bulan Mac 2007 yang menawarkan perkhidmatan latihan dan rekreasi kepada semua lapisan masyarakat. Lokasi yang strategik iaitu 150 meter dari air terjun Sg Gabai yang merupakan daya  terikan pelancong tempatan dan luar negara. Persekitaran kawasan yang cantik untuk dikunjung dan menikmati udara rimba yang segar.

Perkhidmatan Latihan yang disediakan merangkumi kem motivasi, kepimpinan, kemahiran belajar, team building, kaunseling,  rekreasi, aktiviti-aktiviti lasak, hari keluarga  dan lain- lain Kem ini sangat sesuai untuk semua lapasan masyarakat termasuk belia, pelajar, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan, NGO dalam program dalam kelas peserti  kursus, seminar dan latihan motivasi dan aktiviti luaran seperti kembara, rempuh halangan, merentas sungai dan lain- lain.


1 comment: